Make your own free website on Tripod.com

puasa mengekang lambung daripada perkara yang syubhah

 

3.3  Sebab-sebab yang Membolehkan Berbuka Puasa

 

*      Ada juga orang-orang tertentu yang dibolehkan atau dikecualikan daripada berpuasa atas sebab tertentu. Walaubagaimanapun diwajibkan ke atas mereka untuk mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu dan membayar fidyah.

*      Mereka yang diharuskan berbuka ialah:

a)                  orang yang sakit teruk

b)                  orang musafir yang melebihi 2 marhalah dengan tujuan yang baik.

c)                  Orang yang uzur atau terlalu tua.

d)                  Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anak.

e)                  Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh.

f)                    Orang yang sangat lapar dan dahaga sehingga boleh memudaratkan.

g)                  Orang yang melakukan pekerjaan halal yang sangat berat sebagai sumber kehidupan.

*      Orang-orang yang meninggalkan puasa tersebut perlu menggantikan puasa tersebut dengan qada atau fidyah atau kedua-duanya.

*      Orang yang tidak mengqadakan puasanya sehingga puasa tahun hadapan dikehendaki membayar fidyah sebanyak 1 cupak makanan asas bagi 1 hari puasa di samping mengqadakannya.

*      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a)                  makan dan minum dengan sengaja

b)                  muntah dengan sengaja

c)                  melahirkan anak

d)                  mabuk sepanjang hari

e)                  murtad

f)                    melakukan persetubuhan

g)                  keluar darah haid dan nifas

h)                  gila

i)                    keluar mani dengan sengaja

j)                    memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja.

*      Hikmat-hikmat berpuasa:

a)                  menjadikan seseorang beriman dan taat kepada Allah

b)                  memupuk sifat sabar dalam diri

c)                  menjamin kesihatan rohani dan jasmani

d)                  mendisiplinkan diri dalam kehidupan harian

e)                  Allah mengampunkan dosa orang yang berpuasa

 

 

Sebelumnya                                                        Ke Halaman Utama