Make your own free website on Tripod.com

Puasa mengajar erti kesabaran dan meningkatkan ketaqwaan

 

2.1 Puasa Wajib

 

v     Puasa yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika ditinggalkan mendapat dosa.

v     Puasa-puasa tersebut ialah:

a)                  Puasa Ramadan,

puasa yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam pada bulan Ramadan, jika cukup syarat-syaratnya.

b)                  Puasa nazar,

Puasa yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang telah berjanji kerana sebab-sebab tertentu. Contohnya seorang pelajar yang berjanji untuk berpuasa sekiranya ibunya sembuh daripada penyakit. Dia wajib berpuasa setelah ibunya sembuh.

c)                  Puasa kifarah,

puasa untuk membayar denda kerana sesuatu kesalahan seperti bersetubuh pada waktu siang bulan Ramadan, dan mereka yang bernazar tetapi tidak melaksanakannya.

d)                  Puasa Qada

Puasa ganti bagi puasa-puasa yang tertinggal pada bulan Ramadan kerana sebab-sebab yang diharuskan syara.

 

 

Sebelumnya                                                        Ke Halaman Utama                                                  Seterusnya