Make your own free website on Tripod.com

 

Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat bagi mencapai keredhaan-Nya

 

1.6 Qada dan Fidyah Puasa

 

      Qada ialah menggantikan puasa yang ditinggalkan pada hari yang lain.

      Orang yang wajib qada ialah:

a)      orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada setelah sembuh

b)      orang yang berbuka kerana gila, wajib qada setelah sembuh

c)      orang yang berbuka kerana tersangat lapar

d)      orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada setelah habis musafir

e)      orang perempuan yang berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada setelah bersuci

f)        perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan dirinya

      Fidyah ialah denda kerana meninggalkan puasa, iaitu secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.

      Orang yang wajib membayar fidyah sahaja ialah:

a)      orang tua yang uzur

b)      orang sakit yang tiada harapan sembuh

c)      orang yang sentiasa bekerja berat sehingga memudaratkan diri jika berpuasa

      Orang yang wajib qada serta fidyah

a)      perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak yang dikandung atau disusukannya.

b)      Orang yang melewatkan qada puasa sehingga melewati Ramadan yang berikutnya.           

 

 

Sebelumnya                                                       Ke Halaman Utama                                                     Seterusnya