1.5 Rukhsah Dalam Ibadat Puasa
Ø Sebagaimana dalam ibadat solat, Allah S.W.T. telah memberikan rukhsah dalam ibadat puasa supaya kita dapat menunaikannya walau dalam keadaan apa sekalipun.
Ø Orang-orang yang mendapat rukhsah dalam ibadat puasa ialah:
a) orang sakit
b) orang musafir
c) ibu yang hamil atau menyusukan anak
d) orang yang terlalu tua
e) orang yang bekerja berat
f) orang yang akan mendapat mudarat jika meneruskan puasanya kerana terlalu lapar
Ø Orang yang diharamkan berpuasa ialah perempuan yang berada dalam keadaan haid dan nifas.
Ø Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa orang yang berbuka puasa Ramadan walaupun hanya sehari tanpa sebab-sebab rukhsah yang telah ditetapkan, dia tidak akan dapat menggantikannya (untuk mendapat pahala yang sama) walaupun ia berpuasa selama-lamanya.
Ø Berdasarkan ayat 184 surah al-Baqarah, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa umat Islam wajib untuk mengqadakan puasanya atau membayar fidyah sekiranya dia meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu.