Make your own free website on Tripod.com

Amalan berterawih mendidik erti kekhusyukan dan kesabaran

 

1.3 Fadhilat dan Hikmat Puasa

 

      Puasa dapat melahirkan peribadi yang amanah dan ikhlas, serta menjadikan kita hamba yang bersyukur. Puasa dapat memberikan kecerdasan fikiran dan membantu kita menjaga kesihatan badan.

      Puasa dapat menimbulkan rasa insaf terhadap penderitaan orang miskin, orang-orang yang ditimpa bencana dan orang yang kurang bernasib baik. Keadaan ini akan melahirkan rasa simpati dan mendorong kita untuk menghulurkan bantuan.

      Puasa dapat menguatkan ketahanan jiwa serta dapat menjadi benteng yang mengawal kita daripada godaan nafsu.

      Puasa melatih diri kita bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad, sebaliknya menanam sifat perpaduan kerana bersama-sama menunaikan kewajipan yang sama.

 

Sebelumnya                                                        Ke Halaman Utama                                                       Seterusnya