Make your own free website on Tripod.com

Puasa memberikan kecemerlangan jasmani, kegemilangan emosi dan keterbilangan rohani

 

1.2 Rukun, Kewajipan Berpuasa dan Kaifiatnya

 

      Sebagai salah satu rukun puasa, seorang Islam perlu berniat pada malam hari sebelum berpuasa.

 

"Diriwayatkan dari Hafshah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : Barangsiapi tidak berniat (puasa Ramadan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya." (HR. Abu Dawud) Hadis Sahih

 

      Setelah itu, seseorang yang berpuasa itu perlu menahan diri daripada makan, minum dan segala perbuatan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

    

"...dan makan dan minumlah hingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam...(Al-Baqarah: 187)

 

      Bagi orang Islam yang telah baligh, hukum berpuasa adalah wajib.

      Hukum puasa adalah harus bagi kanak-kanak yang belum baligh, makruh bagi orang yang belum mandi wajib sebelum terbit fajar, serta haram bagi perempuan yang dalam keadaan haid atau nifas.

      Terdapat dua sebab yang mewajibkan puasa Ramadan iaitu:

a)      nampak anak bulan awal Ramadan selepas terbenam matahari

b)      mencukupkan bulan Syaaban 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

      Orang yang berpuasa wajib berniat, iaitu bagi puasa wajib hendaklah berniat sebelum terbit fajar, manakala bagi puasa sunat pula diharuskan berniat sebelum gelincir matahari.

 

Lafaz niat puasa yang sempurna:

 

 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu puasa Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala

 

Niat Puasa

 

Doa berbuka puasa:

 

 

Maksudnya: Ya Allah, kepadaMu aku berbuka puasa, dan dengan rezekiMu aku berbuka

 

                                                                                    Doa Berbuka

 

      Orang yang berpuasa wajib menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

 

 

Sebelumnya                                                        Ke Halaman Utama                                                       Seterusnya