Make your own free website on Tripod.com

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga

 

1.1 Konsep Puasa

 

      Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah dalam Islam, orang yang berpuasa juga dikehendaki:

a)      meninggalkan semua perkara yang boleh membatalkan puasa,

b)      meninggalkan perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, mencaci, menipu dan sebagainya.

      Dalam bahasa Arab, puasa disebut sebagai as-Siam, yang bermaksud menahan.

      Puasa Ramadan pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat pada malam hari.

 

                                                                                                                                                                                                              Seterusnya                Ke Laman Utama